Kawasan pentadbiran Kuala_Pilah

Peta Daerah Kuala Pilah dalam Negeri Sembilan

Pentadbiran Kuala Pilah diketuai oleh Pegawai Daerah yang berpejabat di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah dan dibantu oleh Penolong Pegawai Daerah. Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Pilah terletak di pusat bandar Kuala Pilah yang terletak 40 km dari Seremban, 37 km dari Tampin, 21 km dari Bahau, 62 km dari Kuala Klawang dan 104 km dari Kuala Lumpur. Kuala Pilah merupakan daerah ketiga terbesar di Negeri Sembilan iaitu dengan keluasan 109,042 hektar atau 16.4% keluasan Negeri Sembilan.

Kuala Pilah terdiri dari 11 buah mukim dengan 257 buah kampung dan ditadbir oleh 124 JKKK. Berikut adalah jumlah kampung, kampung baru, kampung Orang Asli, Rancangan Felda, Rancangan Felcra, pekan kecil dan penguasa tempatan yang terdapat di dearah Kuala Pilah:

  • Kampung Tradisional sebanyak 250 buah kampung
  • Kampung Baru sebanyak 7 buah kampung
  • Kampung Orang Asli sebanyak 14 buah kampung
  • Sebuah kampung rancangan Felda (Felda Kepis)

Kesemua jabatan-jabatan di atas bertindak secara kolektif sebagai jentera perancang dan pelaksanaan di peringkat daerah berjalan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Tindakan Daerah (JPTD). Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan bertindak sebagai penyelaras kepada semua jabatan dan agensi kerajaan di dalam merancang dan menentukan pelaksanaan program pembangunan diperingkat daerah Kuala Pilah. JKPD ini disokong melalui dua Jawatakuasa Kerja iaitu:

  • Jawatankuasa Kerja Perancang Daerah (JKPD)
  • Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD)

Sementara itu pentadbiran di peringkat mukim diselaras oleh Penghulu Mukim dan di peringkat kampung oleh Ketua Kampung yang juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK ini adalah badan yang merancang dan menyelaras segala bentuk program/projek pembangunan di peringkat kampung. Berikut adalah bilangan kampung mengikut mukim dan keluasan mukim yang terdapat di daerah Kuala Pilah ialah seperti berikut:-

BilMukimKeluasan (Hektar)Bil KampungBil Kampung Baru
1Johol28,490600
2Terachi16,317272
3Langkap10,36000
4Ulu Jempol10,101221
5Kepis9,852242
6Juasseh8,806141
7Seri Menanti7,770360
8Ulu Muar6,734230
9Parit Tinggi3,88611
10Pilah3,626330
11Ampang Tinggi3,108170
Jumlah109,0392577

Daerah Kuala Pilah merangkumi beberapa mukim termasuk:-[1]

  1. Mukim Ampang Tinggi[2]
  2. Mukim Ulu Jempol
  3. Mukim Ulu Muar
  4. Mukim Johol
  5. Mukim Juasseh
  6. Mukim Kepis
  7. Mukim Langkap
  8. Mukim Parit Tinggi
  9. Mukim Pilah
  10. Mukim Sri Menanti
  11. Mukim Terachi